Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan
BADAR SMK SENGGARANG

Monday, February 14, 2011

kelahiran Nabi Besar Muhammad saw

“......Berhala-berhala yang berdiri megah di sekeliling ka’abah semua tumbang seperti ditolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah ka’abah,api di farsi yang menjadi pujaan rakyat farsi yang beragama majusi yang sejak dinyalakan tak pernah terpadam itu,tiba-tiba sahaja terpadam,istana maharaja farsi,kisra pula bergoncang dan para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agong yang akan membawa obor yang terang benderang untuk menyuluh umat manusia yang sedang bergelumang hidup di dalam kesesatan....”


Surah Al-Anbiya, ayat 107

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."(Surah Al-Anbiya, ayat 107)

Baginda adalah Nabi Muhammad saw yang dilahirkan di kota Mekah pada tahun Gajah bersamaan tahun 570 masihi.. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernamaHalimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh

datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.


Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulanRamadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Saturday, February 12, 2011

katakan tidak kepada Valentine's Day

Tahukah kita bahawa menyambut Valentine's Day bagaikan kita bergembira dengan kejatuhan kerajaan Islam Cordova dan memuliakan kematian paderi St. Valentine? Renungkan, Islam memerintahkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi,. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ianya adalah sepanjang hayat. Usah ghairah menyambut Valentine's Day kerana ia seumpama mengagungkan agama lain melebihi agama Islam.

“Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

(Surah al-Baqarah, ayat 120)

Thursday, January 13, 2011

Semua tentang aurat!

Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menundukkan pandangan dan memelihara kesopanan mereka. Itulah yang lebih suci untuk mereka dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menundukkan pandangan dan memelihara kesopanan mereka dan agar mereka tidak memperlihatkan kecantikan mereka serta perhiasan kecuali apa yang biasa dilihat dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga menutupi dada mereka dan tidak mempamerkan kecantikan mereka kecuali kepada suami mereka.

[ An-Nur: Ayat 30 hingga 31]

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah

Perbezaan dengan binatang

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

&

Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)


Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Sabar dalam Islam

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulilah kita masih dapat melihat keindahan Allah pada hari ini dan insyAllah seterusnya. Kebaikan atau ibadah yang kita dilakukan pada hari ini akan lebih bersinar jika kita ikhlas melakukannya. Berbalik kepada tajuk, bahasan-bahasan mengenai sabar sudah sangat banyak diperdengarkan daripada suara-suara yang masih lagi tidak mengenal apa itu sabar dan batasan-batasannya. "Sabar itu separuh daripada Iman" iman mampu menahan sabar jika kita terus beristighfar kepada Allah.




Dan tahukah anda apa keuntungan orang-orang yang sabar?


Mereka akan lebih lama bersama Allah.

ini telah dijanjikan Allah dalam kitabNya:

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"




Apakah manfaat bersabar?

1. Dapat menahan Hawa nafsu

"Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya dipagi senja hari dengan mengharap keredaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya, dan adalah keadaannya itu melewati batas".

2. Diberikan keringanan atas Ujian

"Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahawa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang, dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar".

3. Dijanjikan syurganya Allah

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar".

4. Diutamakan Allah

"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan".



p/s:teman-teman yang pernah mengeluh, segera beristighfar dan selamat menjalani hari kita dengan taqwa dan sabar..


.:BADAR SMKS:.

Friday, December 31, 2010

2011!!!

“Kejayaan yang lalu menjadi penyuluh masa akan datang

Pengorbanan yang besar menjadi kenangan dalam seumur hidup”

Alhamdulillah,telah berlalunya 2010 yang menandakan kita lakukan sekarang pada tahun 2011

Semoga segala ibadah yang kita pada tahun lepas akan diterima oleh Allah

Semoga segala kesalahan pada tahun lepas jugak dapat di hapuskan

“TUTUP BUKU LAMA BUKA BUKU BARU”

Jadi,marilah sama teruskan perjuangan kita yang masih jauh ini

Go,go,go...chaiyok!!!fighting!!!

Thursday, December 23, 2010

TAHNIAH DAN SYABAS

TAHNIAH & SYABAS buat semua warga pendidik, calon-calon PMR dan warga SMKS atas kejayaan memberangsangkan dalam Penilaian Menengah Rendah 2010. Semoga kejayaan menjadi pencetus inspirasi membina kecemerlangan yang lebih unggul pada masa hadapan.
PMR 2010
Peratus Lulus : 76.33%
9A : 7 orang (3KAA)
8A : 4 orang (3SB dan 3TJ)
Pendidikan Islam PMR 2010
Peratus Lulus : 96.4%
Bilangan A: 77 calon
Peratus A: 33%
Bahasa Arab
Peratus Lulus : 100 %
Bilangan A: 14
Peratus A: 39%
Kedudukan dalam Daerah Batu Pahat: Tempat ke 10/25
Syukur ALHAMDULILLAH, Semoga warga SMKS lebih bersemangat mencipta kegemilangan :)

Saturday, December 18, 2010

Apa Kata Sahabat Tentang Lidah

RENUNGAN BERSAMA...
Abdullah bin Mas'ud:
"Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu beruntung, atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum kamu menyesal."
"Tiada yang layak dipenjara lebih lama daripada lidah"
Al-Ashma'i:
"Dikatakan, Perkataan ialah tawanan diikat seseorang. Apabila dia berbicara, maka dia menjadi tawanan ucapannya"
Umar bin Abd Aziz:
"Orang yang terjaga dan bertaqwa ialah orang yang selalu mendera lidahnya"
Abu Al-Darda':
"Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar daripada berbicara"
Al-Hasan:
"Orang yang tidak mengerti tentang agama, tidak menjaga lisannya"

Sumber: Isham bin Muhammad Al-Syarif, Al-Jami' Al-Sahih min Ahadith al-Nisa'